Friday, November 18, 2016

GA - Happy 21st Anniversary dinda Hainom

Maaf aku dilanda penyakit duniawi seperti entri sebelum ini. Sibuk dan lelah! Tetapi Gegar Vaganza GA sempena anniversary ke 21 adinda ku tetap ku redah jua. Lalu ku kuak sedikit ruang masa untuk mencatat satu hikayat sang permaisuri sehingga terpahat indah hidup bersama sang arjunanya.



Sudah tercatat di dalam satu hikayat bukan dahulu kala tetapi 21 tahun yang lalu. Maka ada satu ceritera indah akan terpetrinya satu ikatan suci antara dua anak Adam di bumi Muar, bandar maharani. Seorang gadis comel-molek tertunduk, tersipu malu tetapi jauh di sudut hatinya bergejolak menanti sang adiwarnanya menggenggam erat tangan seorang qadi bagi melafaz dan aqad untuk menjadikannya permaisuri di hati. 

Riun-rendah suara sanak-saudara mahu meraikan si puteri bongsu diraikan sedikit pun tidak melelahkan seisi keluarga. Masing-masing tersenyum gembira meraikan majlis gilang-gemilang. Debaran  sang arjuna untuk disatukan dengan adinda pujaan hati pula membuatnya tidak mampu untuk lena barang sepicing. Gemuruh sudah dirasakan semalaman sehinggalah menjelang pagi. Namun kegagahan harus dibuktikan dengan keluarga di sana. Sebab itulah sebaik qadi menggoncang tangan lalu disambut dengan lancar sang arjuna "Aku terima nikahnya......" dan disambut dengan sambutan para saksi, "Sah..Sah". Mengalirlah airmata kegembiraan sang permaisuri yang bersimpuh ayu.

Kini sudah 21 tahun berlalu..
Seorang putera gagah perkasa persis sang arjuna pujaan hatinya dan dua puteri selayaknya mengikut jejak si ibu berbahagia menghuni mahligai bahagia. Semoga itulah pengabadian yang indah sehingga kekal abadi di syurga firdausi.

~~ Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 21 buat dinda Hainom.~~



Khas buat Hainom Haryani:-
"Ojo dipilih entri kanda iki. Serious kanda tulis khas tapi udhu utk GA. Kanda agak sibuk pasal dugaan pangeran nang keluargo kanda. Tapi pasal dinda terluah entri iki. Mugo diparengi seng apik-apik. Amin."



38 comments:

raihanah said...

good luck kakzakie

Kamsiah yusoff said...

semoga bahtera rumahtangga yg dilayarinya kekal bahagia hingga ke hujung usia-Hainom

norhidana said...

speselnya kak.... suke dana baca....
akk mmg ada bkt menulis@ mengarang cerita mcm kakcik Nur jgk

ooooh nsb dana phm tulisan jawa tu

Unni anje said...

best crita !! good lauck kak..

AtieYusof said...

Lama kak Zaki tak up entry..busy ye kak...
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 21 buat kak Hainom... moga bahagia hingg ke syurga..
**special ucapan bahasa Jawa tu :)

SalbiahM said...

wow..menarik entry ni.Saya vote kakzakie untuk menang..hihi

Mummydearie said...

Wow! Hebatnya Kakzakie mengarang entri. Habis semua adijurna, adiwarna keluar nih!

Tapi yang lagi hebat dah tentulah bahasa Jawa di bawah tu. Saya tak fahamlah Kakzakie...

Amy Hilmirda Daud said...

pandainya akak mengarang. Semoga berjaya :)

Nieyla Nadia said...

amboi.... eh..bahasa jawa..
faham ckit² je..hihihi

PeRdU cINta said...

Yang last tu win kak..hihi...inshaAllah..

Cik Itah said...

all the best

Mila@Rimbun said...

ayat last tak paham kiki..

Umialya said...

Ha3, baca sikitpn dah tergelak sakan.. jap, saya sambung baca...

Umialya said...

Ha3, baca sikitpn dah tergelak sakan.. jap, saya sambung baca...

OKje said...

Terima kasih kanda sudi buat entri khas untuk dinda walaupun katanya dinda sendiri pun dalam kedukaan. Moga Allah melapangkan kanda sekeluarga. Moga cepat terungkailah masalah kanda yang kusut dengan bantuan kasih sayang Allah. Insyaallah....

bicara mak dara said...

happy anniversaryyyyyyy

Inani Hazwani said...

Heee. Goodluck kak :)

jie susanos said...

Bz pn ttg join..good luck kak..

εïзmmyHazaεïз said...

Happy anniversary..


Anddd good luck buat akk..

Anonymous said...

selamat ulangtahun prkahwinan yang ke21.

semoga berbahagia sekeluarga sampai syurga ya.

Nor Azimah Ali said...

Eah, molek sungguh bahasamu, terbayang mcm kzakie pun join kenduri masa tu, haha.

Sue Bee said...

Loorhhh.. kakZakie guna bahasa Jawa.. Good luck kak :)

Rozita Ceritaita said...

amboi ayat bawah tu siap bahasa ibunda lagi.. hahaha gd luck kak!

Kayu Manis said...

Ya allah kak lma naw tak jenguk sini..lama ke ye hahhah
Amboi bhgia sgguh dik non kita tu...semoga bertmbh bhgia byk doa2 dri kwn...

All the best..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga berjaya kakzakie..

Entri yg menarik utk dibaca juga.

Semoga akak sekeluarga tabah dan redha dengan ujian yang mendatang.

HeNRieTTa JoSe said...

kagum rietta ngn ceritera akk....rietta suka sastera...and arts...

Unknown said...

ayak kat zakie mesti terkesan dihati..
gud luck kak..
lama tak lawat sini..

Nasa Mulia said...

wong reti kakang gomong opo to...

nohas said...

good luck kak, bestnya baca tulisan akak..hikayat dua sejoli..

Qhaifa Nur said...

Indahnya nukilan kak zakie...gud luck akak

Moga dipermudahkn segala urusan akak...

Mazni Azmi said...

Ramainya orang komen 😍 semoga dimurahlan rezeki

Jepun Mari said...

haha.. tergelak2 sy baca la, smpi keluar ayaq mata

nhhas said...

Comelnya akak.

Macam biasa... penulisan akk adalah terbaik

paridah said...

Moga berjaya kakzakie menarik sekali tulisannya.

Warisan Petani said...

Semoga dileraikan segala kekusutan.
Dipermudahkan segala urusan.

Adam said...

Saya keliru. Macam ada satu lagi blog yg serupa macam ni.
Kesah pun anivesari.

Apa2 pun happi anibesari.

Adam said...

Saya keliru. Macam ada satu lagi blog yg serupa macam ni.
Kesah pun anivesari.

Apa2 pun happi anibesari.

Unni anje said...

tahniah da memang :P