Friday, August 5, 2016

Panggilan haji sudah tiba lagi

Semalam aku bekerja setengah hari kerana sama-sama mahu meraikan abang ipar dan isterinya yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Alhamdulillah setelah menanti sekian lama akhirnya hajatnya mahu menunaikan ibadah haji ini dimakbulkan Allah. Kalau sebelum ini beliau selalu berkata "untunglah kamu muda-muda sudah dipanggil, abang ni bertahun menanti tak lagi naik nama". Tetapi hari raya lepas merupakan gembira berganda buatnya sehingga mengalir airmata sebaik menerima surat dari Tabung Haji mengesahkan tarikh penerbangannnya. Walaupun agak berusia iaitu usia 60 dan 58 tahun baru dapat pergi tetapi kami bersyukur abang dan kakak masih sihat lagi. 

Airport Senai - Kami sudah berkumpul di sini sebelum maghrib lagi. 
Keluarga - Selepas solat maghrib masing-masing menikmati nasi lemak yang aku masak sendirian sebab papa dan Kak Reen semalam menjemput adik di asramanya. 
Nasi lemak - Sebekas ini aku bawa untuk kami sekeluarga. Beli juga air mineral sebab agak leceh jika mahu membawa air dan gelas. Apa pun bersyukur dapat juga kami memberi kepada jemaah yang duduk bersebelahan kami. Tidak baik jika kita makan ada mereka yang nampak sedangkan dia tidak makan apa-apa waktu itu. Sekadar sepiring-dua tidak luak mana pun.
Lauk - Sekadar ayam goreng dan telur rebus. Tidak ada ikan bilis goreng dan kacang sebab agak leceh untuk di makan ketika suasana bersesak dengan orang ramai. Bimbang jatuh-jatuh di lantai pun juga.
Sambal/timun - Sambal yang penuh sebekas ini tinggal suku saja. Timun rata-rata yang makan yang perempuan saja. Anak-anak lelaki semuanya kurang minat dengan timun.
Sepiring -  Tidak tahu siapa punya ini sebab semua gambar sebenarnya aku ambil dari group whatsapp keluarga. Aku tertinggal telefon malam tadi. Sengaja bawakan piring polystyrene saja. Mudah lepas makan terus buang.  Plastik sampah juga aku bawa supaya tidak bersepah.
Bertolak - Selepas solat isyak pendafatarn dibuat barulah abang/kakak bergilir-gilir dengan jemalah lain bertolak masuk ke balai pelepasan untuk terbang dari Senai untuk transit di Kelana Jaya. Dari Kelana Jaya baru bertolak ke Madinah bukan Jeddah. Aku dan hubby dulu dari Senai terus ke Jeddah.
Sungguh aku dapat merasakan menjalankan ibadah haji di bulan haji tidak sama dengan menjalankan ibadah umrah yang biasa kita buat. Ibadah haji melibatkan waktu yang panjang. Mendidik kesabaran, ukhuwah dan jilanan sesama ummah, mencuci jiwa sentiasa mahu berbaik-sangka selalu. Ibadah haji juga melibatkan perjalanan yang panjang terutama ketika kita mahu ke Arafah, Muzdalifah dan ke Mina untuk jamrah. Semua ini tidak ada ketika menjalankan ibadah umrah. Ibadah umrah sekadar niat, tawaf, sa'ie dan bercukur. Sebab itulah mengapa biasa jemaah samada sebelum atau sesudah habis menjalankan ibadah haji akan menjalankan ibadah umrah berkali-kali ketika berada di sana.

~~ Labaikallahumma Labbaik. Labbaikala Syarikalakalabbaik.~~


30 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah..
Dah sampai seruan haji buat abang ipar kak zakie..
Setelah sekian lama menanti..
Semoga selamat pergi dan pulang ke tanah air..
Serta dikurniakan kesihatan yg baik..
Dan mendapat haji yg mabrur..

Nasi lemak pun jadi sebagai pengalas perut kan kak..
Sedap tengok nasi lemak tu :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Semoga dimudahkan semuanya ya. :)

Unknown said...

Alhamdulillah, semoga ibadah mereka diterima.Allah dan mendapat haji yang mabrur

adarnadzmie said...

alhamdulillah... semoga segala urusan haji mereka di dipermudahkan...
selamat pergi dan kembali...

seronok dpt makan2 ramai2 sambil mennghantar jemaah haji...

kakrose said...

Alhamdhulillah...
Rezeki itu ketentuan Allah. ada yang masih muda dan belum bersedia sudah di panggil. yg menanti sekian lama belum di panggil ada juga. semuga ibadah haji mereka mendapat haji yg mabror..aamiin

wahida said...

Alhamdulillah...semoga semuanya dipermudahkan...seronok saya tengok...

saya tengok sambal nasi lemak akak, saya dah tahu mesti sambal akak sedap giler!

anyss said...

Assalamualaikum,
semoga dapat haji yang mabrur, selamat pergi selamat kembali.

nohas said...

Alhamdulillah..dapat jadi tetamu Allah, semoga semua urusan dipermudahkan olehNya..

berkelah nasi lemak...sedap..nyum, nyum..

Fazleyatul Aini said...

semoga peroleh haji yang mabrur, selamat pergi dan pulang

Wani Sukarno said...

alhamdulillah syukurlah .. dah dapat jadi tetamu Allah... mudah-mudahan mereka di sana nanti dapat menunaikan ibadah dengan baik

Zaitun said...

Semoga dipermudahkan dan mendapat haji mabrur.

Unknown said...

Alhamdulillah dan tahniah utk family kakzakie telah mndapat panggilan haji, sekoga Allah permudahkan urusan disana nnt

ejulz said...

semoga dpt haji mabrur..

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah..penantian sampai penghujungnya walau bertahun menunggu..
Moga dipermudahkan urusan n mendpt haji yg mabrur

ANIM said...

baru dapat berkunjung sini, kak zakie..
menerima jemputan dari Allah...satu perasaan yg tak tertungkap oleh kata-kata..
Syukur yang amat..

iryantyismail said...

Assalamualaikum...apa khabar kak zakie...

Alhamdulillah ..moga mereka dapat mnunaikan ibadah haji dengan sempurna dan dipermudahkan..amin

iryantyismail said...

Alhamdulillah...

insan marhaen said...


saya ni, nak pi umrah pun terpaksa fikir banyak kali...

irdagarmin said...

Alhamulilah..nampak kemeriahan keluarga dan kegembiraan keluarhga kak zakie...moga keluarga kak zakie sentiasa dilimpahi rahmat Allah...dan bahagia selalu..

Nasi lemak tu nampak sedap sangat..kalau makan ramai-ramai berbekal makanan memang rasa dia sedappp sangat kan kak....

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah.

Dah lama tak masak nasi lemak sendiri.
Asyik harapkan mak yang masak nasi lemak.

Umialya said...

Moga dipermudahkan segalanya, aamiin..

insan marhaen said...

patutlah kat airport bayan lepas pulau pinang, tak cukup parking bila munsim penerbangan haji.

ramai yang menghantar dari yang nak pergi...

Hana said...

Insyallah... Sampai masa Hana akan jejak kaki juga

Nina Mads said...

alhamdulillah semoga mereka baik2 sjaa dan dipermudahkan urusan di sana dan mendapat haji mabrur

Warisan Petani said...

semoga mendapat haji yang mabrur

Mila@Rimbun said...

Moga dapat haji yang mabrur

Emak saya dah 62 tahun ni, dah 3 tahun berturut2 saya hantar surat rayuan tapi masih belum ada rezeki, kadang rasa sedih sangat bila dengar ada org yang dah pergi 2 3 kali tapi mak belum dapat lagi. Apa2 pun itu rezeki orang, moga mak dapat peluang yang terbaik jugak nanti in shaa Allah.

Aryan azra said...

Alhamdulillah...moga dapat haji yang mabrur. dimudahkan segala urusan ibadah disana, selamat pergi dan kembali

Myra Jay said...

Alhamdulillah..
Semoga setiap urusan dipermudahkan dan selamat menunaikan ibadah haji buat abg ipar akak ye.

OKje said...

Selamat jalan utk mereka yg akan pergi menjadi tetamunya. Macamanalah kalau dinda pergi esok esok ye kanda....Mesti perasaan sedih gembira bercampur baur....

Orang yg pernah menunaikan Haji je yg tahu macamana keadaannya disana kan kanda...

Mummydearie said...

Alhamdulillah! Sampai juga seruan untuk abang/kakak Kakzakie untuk menunaikan haji. Tentu mereka gembira teramat.

Sekejap aje dah musim haji ya, kak. Tak lama lagi kita sambut sekali lagi Aidil Adha, insyaAllah!