Wednesday, July 27, 2016

Setokin istimewa

Niat asal bukan mahu membeli tetapi oleh kerana sipenjual bagaikan tersepit dicelah serba-salah dek hutang yang agak lama tidak terbayar sekurang-kurangnya jika diambil ini dapat ditolak sedikit wang pinjaman itu. Hubby sebenarnya memberi pinjam sedikit kewangan kepadanya bukan kerana mahu membeli ini, tetapi kasihan melihat bebanan yang ditanggung olehnya. Memberi pinjam pun dengan kata bila-bila ada duit bayarlah kalau tidak pun hubby sudah halalkan kerana tahu duit itu bukan untuknya sendiri tapi untuk keluarganya. 

Yes to V-Ken - Ketika hubby membawa balik dan menunjukkan kepadaku aku pun hairan. Kali pertama melihat dan tidak sangka isinya adalah sepasang setokin
Hitam - Sepasang setokin yang nilainya melebihi RM200/- Kali pertama aku memakai setokin yang semahal ini. Gelihati jugalah sebab dipakai pun bila mahu tidur saja.
Brochure - Kebaikan yang dinyatakan melalui borchure di dalam kotak tersebut
Baru menggunakannya dua hari aku belum nampak lagi apa kebaikannya. Tetapi yang jelas aku tidak boleh simpan wudhuk lama. Biasa selepas solat subuh terus aku simpan wudhuk sehingga solat dhuha . Tetapi sehari-dua ini asyik ada saja angin yang tidak sabar-sabar mahu keluar sebelum aku bersolat dhuha. Hubby kata andai ianya baik mungkin kami akan membeli untuk pergelangan tangan pula yang harganya tidak sampai RM200/- lebih murah dari setokin ini.

~~ Membeli dengan tujuan membantu tidak sama dengan membeli sebab diperlukan.~~


42 comments:

nhhas said...

wahhh menarik ni...

nanti share review nya ya kak

Izwa Kamaruddin said...

hari tu say nyaris nak beli stokin ni..tapi bila baca-baca masih belum nampak perbezaan bila pakai terhenti seketika niat nak beli.

tapi niat baik harus diteruskan kan kak ;) jom terjah blog saya tengok gambar adik terbaru kak!

Sharifah Nadzarah said...

wahhhh...stokin tu buang angin kot kak..tapi andai bagus utk kesihatan apa salahnya..
Baik betul hb akak....suke tlg org..

Khairul Bariah said...

saya pernah tengok stokin ni beberapa tahun lepas apabila ada saleman datang ke bapak untuk jual produknya. tapi tak beli sebab rasa mahal sangat.

Tapi tak apelah, pada asalnya membeli utk tujuan membantu saja, dapat juga manfaatnya kalau boleh membuang angin dalam badan, kan kak. Takde lah rasa ralat mengambilnya.-Itu pada pandangan sayalah.

Nieyla Nadia said...

Membeli dengan niat nak membantu dan utk kesihatan kita pun x salah kan akk.. :) selamat pagi kak...pagi nie nieyl dah start bz nak buat decoration untuk jamuan hari raya esok..

Nor Azimah Ali said...

Haha, geli hati baca sbb angin yg tak boleh sabar nk kuar tu, hahahaha..
Saya dah pakai dua tahun stokin ni. Stokin berinfra red. Masa beli tu harganya baru rm180, harga ahli tak silap rm150 je. Saya pakai dan sakit bhgian tumit hilang. stokin ni tk boleh basuh

sitirohaida said...

pernah nak beli stokin vken ni,ramai yang kata bagus..tapi belum mampu nak membelinya lagi kak

Julia Johari said...

Wahh stokin ni untuk keluar toksin ye kak zakie...wauuu baru tahu ni...kak zakie elok sgt budaya suami akak tu tlg rakan mcm tu...ada kala kesenangan kita tu perlu di kongsi dengan orang lain...malah Allah murahkan rezeki kita byk lagi nanti kak

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah..semoga niat suci kak zakie suami isteri dipermudahan..diredai..

Rinna said...

Pernah terbaca kat fb pasal stokin nie.. nanti review yer..

Qhaifa Nur said...

Pernah dgr ttg kebaikan stokin cam gini...tp mahal sikit harganya..dlm pada tu entah betul tau tidak kebaikkanya..last2 sunyi sepi
Ikut serasi badan juga pun ia..klau asyik kuar angin Nur suka ni...badan pun byk angin

norhidana said...

nampak sgt badan akak banyak angin heheheh...

takpe lah kak niat mula2 nk membantu tp kalau ada kebaikan utk kesihatan kita lg bagus kan

Cho Zila said...

tak penah pulak tengok ni... kalau baguih best jugalah yer...

saniahibrahim said...

Kiranya dah nampak hasilnya lah tu kakzakie bila dah selalu angin keluar...angin keluar petanda sehat kan.
Kalau elok hasilnya tak salah kalau membeli mahal demi kesihatan .

saniahibrahim said...

Kiranya dah nampak hasilnya lah tu kakzakie bila dah selalu angin keluar...angin keluar petanda sehat kan.
Kalau elok hasilnya tak salah kalau membeli mahal demi kesihatan .

paridah said...

angin yg merusuh di dlm tubuh mmg masalah besar tapi kalau ada stokin yg mampu membuang angin bagus sgt tu...pemberian yg ikhlas Allah pasti pulangkan ganjarannya.

adarnadzmie said...

stokin ni sesuai lah pada yg ada angin dlm badan...

alhamdulillah dpt membantu :)

Unknown said...

stokin buang angin? nampak biasa tapi luar biasa tu kak..elok untuk kesihatan..

PeRdU cINta said...

Kita sama-sama saling meringankan ya kak...moga manfaatnya berpanjangan..amin.

ezy.fia said...

sekali tgok mcm stokin bse je.. rupenye stokin ni istimewa.. haha

Azian Elias said...

stoking buang angin ye kakzakie.

Kak Wawa said...

Wahhh, hebatnya.

Amy Hilmirda Daud said...

Nanti share reviewnya ye kak.

Fiza Rahman said...

Wah... Bley tahan harganya.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ohhhh.. tu fungsi stokin tu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya dah beli yg setokin tu kak..
Lama dah sama dengan arwah mak..
Banyak fungsinya kak..
kita tawakal jer..

OKje said...

Maheinya kanda.....tp tak perlah, niat untuk membantu sambil tolak hutang dia.
Dinda ni tak payah pakai setokin kekadang kerap pulak buang angin hihi... Asal wudhuk jer startlah syaitan mengganggu...geram nengoknya

Rizziela said...

teringin gak nak beli.. tp nak tau gak kesannya.. kalau ok baru berbaloi kan

nohas said...

bagus jg pemiutang ada inisiatif utk bayar hutang...

lamanya akak boleh bertahan kekal berwuduk...stokin utk urut saraf ke kak, bagus tuk kesihatan..

nurhuda said...

insyallah kejap lagi akak nampakla kebaikannya,biar abis rm200 dengan berbaloi untuk sepasang stokin

Umialya said...

Cam teringin jer kak..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.
Tengok pada harganya tu, hampir terduduk juga hehe...Tapi jika ada manfaat dari sudut perubatan, apa salahnya dibeli sekiranya mampu. Saya pula tak mampu agaknya hehe..makan halia jelah nak buang angin..hehe

Ira said...

Assalamualaikum kak..
Salam perkenalan..
Bagus suami akak, membeli sbb nak membantu org dlm menyelesaikan hutang.
Tak rugi beli stokin tu, mak saya guna stokin tu, Alhamdulillah, dgn izin Allah sakit tumit yg mak alami sebelum ni semakin hilang. Menurut mak, ada perubahan positif selepas dia pakai stokin tu..

Masa saya beli tu, penjual tu cakap, kene minum air banyak.. seeloknya minum air mineral atau air bukit.. bagus juga untuk wanita yg lepas bersalin..
Saya share sahaja info yg diberitahu. hihi..tak de niat/tujuan nak mempromosi..
Walaupun harganya agak mahal, tapi pada saya tak rugi membelinya, lebih2 lagi membeli utk insan tersayang.. :)

hehe..panjang pulak komen..

emarieys said...

Jika stokin ini untuk kesihatan, kira berbaloi dengan harganya kan kak.

Malinda said...

kawan fesbuk sy ada jual gak stokin camni kak...mahal gak ek...tapi dah somi akak niat nak membantu moga Allah murahkan lagi rezeki akak nak beranak...moga Allah memberi khasiat yg baik untuk akak melalui stokin ni...

Mummydearie said...

Mahalnya stokin! Saya pun tak pernah pakai stokin semahal ini. Tapi kalau ada kebaikannya, apa salah. Mungkin angin yang tak sabar-sabar nak keluar tu salah satu tandanya stokin ni berkesan.

Kalau niat nak membantu apa salahnyakan, kak. Kalau niat nak membazir tu yang bermasalah ^_^

Mar Mansor said...

stokin yang membantu perbaiki kesihatan badan...abaang kak zakit pun dah niat membantu..mesti brbaloi pakai

Aryan azra said...

takapalah kan yang penting niat kita untuk membeli tu dan inshaAllah mungkin ada kesannya nanti

TukangKebun said...

Menarik.
Kali pertama dengar produk sebegini.

amirah said...

amie pun ada kak..suami amie gout kuat..pakai okay katanya dgn izin Allah..

Unknown said...

Apa bangang bole percaya benda karut ni. Kalo btol ujud, dah lama spital tu tutup kakak oiii. Da byk pendedahan dlm FB, masih kene tipu. Jenis melayu malas membaca

Unknown said...

puan beli kat mna?