Monday, December 15, 2014

Perubatan alternatif batu karang

Maaf lewat bersiaran hari ini. Kepada teman yang telah membaca entri aku pasti masih ingat bagaimana kami mencuba alternatif lain bagi mengelakkan pembedahan batu karang yang ada pada hubby. Tempoh dua minggu yang diberikan oleh pihak doktor sungguh memberi kami peluang untuk mencuba alternatif kami. Langkah yang kami jalankan adalah dengan memberi hubby minum satu liter jus epal hijau (aku blend 3 biji epal + air) setiap hari sehingga hari ke lima. Malam pula selepas makan minum segelas jus lobak putih. Masuk hari ke enam, pagi minum lagi satu liter jus epal dan selepas pukul 1:30 tenghari hubby tidak boleh makan apa-apa. Balik dari kerja lebih kurang jam 6:00 petang itu aku beri hubby minum125ml air campur dengan sedikit (5ml) garam epsom. Jam 8:00 malam ulang lagi sekali dengan jumlah yang sama. Pukul 9:30 malam aku bancuhkan jus lemon 125ml campur dengan 125ml olive oil untuk diminum. Jam 10:30 setelah habiskan jus lemon dan olive oil tadi terus tidur. Kasihan aku tahu hubby lapar pada hari itu. Maklum dari tengahari sehingga esok paginya berpuasa. Pagi esoknya baru makan yang aku hidangkan dengan siakap stim limau, telur dadar dan nasi putih. Itu saja.

Disamping itu ingin aku katakan bahawa kami juga mengamalkan ini serentak. Semua air yang aku gunakan untuk blend epal hijau dan lobak putih dan air yang dicampur dalam garam epsom adalah air zam-zam yang telah aku bacakan ayat-ayat dari suroh Al-Anbiya' - ayat 74-81 (dibaca waktu lepas solat maghrib sebanyak 3 kali), suroh Al-Qasas - ayat 61-75 (dibaca selepas solat subuh sebanyak 3 kali) dan diikuti suroh Al-Mukminun - ayat 75-100 dan suroh Al-Ma'idah - ayat 48 hingga 55. Hubby juga kena baca sendiri sebagai amalan. Masuk 11-12-2014 adalah tarikh terakhir usaha kami. Malam sebelum esoknya berjumpa doktor tetap berpuasa manalah tahu usaha kami belum diterima Allah kerana andai memerlukan untuk dibedah sekurang-kurangnya hubby sudah bersedia.

Nombor giliran - Oleh kerana sudah ada temujanji tidak perlu lama menunggu.  Nombor ini sekadar mengikut procedure / protokal saja.
Ultrasound - Tawakkal dengan seribu pengharapan suami-isteri di dalam bilik ini sementara menanti doktor datang
Keputusan - Doa dan usaha kami diterima Allah. Inilah keputusan yang diberikan. Bukan miracle kerana sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah jua.
Kelaparan - Kami sama-sama berbuka jam 11:30 pagi. Aku sebenarnya turut tidak makan apa-apa sebab hati tidak tenang. Tetapi apabila keputusan sudah diperolehi, semangkuk mee sup ini habis aku makan hihi...
 
Balik rumah tidak ada apa yang lebih utama kami lakukan selain sujud syukur menadah tangan di atas kasih dan sayangNya kepada hambaNya yang kerdil ini. Sungguh kami kena lebih berhati-hati kerana menurut doktor sekali kena ianya mudah untuk berulang lagi. Sekarang aku 'paksa' hubby membawa bekal 4 liter air, bukan saja 3 liter. Jus epal menjadi minuman selang sehari dengan air dari daun pecah beling. Bulan depan adalah bulan kena buat pemeriksaan tahunan keseluruhan buat hubby. Aku punya giliran pada setiap bulan April. 

~~ Kesihatan yang baik perlu untuk menjalankan tanggungjawab duniawi dan ukhrawi juga. ~~




48 comments:

Sura Mohd said...

alhamdulillah ..Sura tumpang gembira kak..In Sha Allah n3 ni akan jadi rujukan dikemudian hari..kagum dengan usaha kakZakie..moga sura boleh jadi mcm kakZakie dlm berusaha untuk menjaga kesihatan ..:)

kakrose said...

Alhamdhulillah..di mudah kan segala usaha Zakie..
Daun pecah beling ni bagus untuk rawatan batukarang ke Zakie..

norhidana said...

alhamdulillah ye kak.... sbb tu selain doa n ubat doktor kene usaha lain jgk kan... tp semua ngn pertolongan yg maha Kuasa...

Julia Johari said...

SubhanAllah kak zakie, saya nak peluk kak zakie kuat2, ternyata usaha kak zakie buat air jus epal berkali2 mendatangkan hasil...sungguh tak sangka bila buat CT scan kedua2 kidney suami kak zakie sihat...syukurrrrrrrrr alhamdulilah...kak zakie, saya nak ambil tips kak zakie tau, untuk sekali sekala amalkan jus epal dan lain2 tu...kami orang muda pun kena jaga kesihatan...terima kasih kak zakie...

Aisy Nasiha said...

Alhamdulillah kak.. berkat usaha dan doa yang tak putus tu lega suami akak dah disahkan tak perlu menjalani pembedahan. Moga amalan yang Kak Zakie buat ni dapat menjadi rujukan kepada yang lain juga.. insyaAllah moga ramai yg dpt manfaatnya.. jaga diri ya.. 2 minggu ya.. kagum sangat

shaliza said...

Alhamdulillah...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamadulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana segala usaha kakzakie diterima Allah swt.. Bagus juga dibuat amalan ni kakzakie.. terima kasih dgn info yg diberikan..

nohas said...

Alhamdulillah..usaha, doa dan tawakkal kpd Allah..

Liza said...

Alhamdulillah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar kan kak...semoga akk n abang terus diberikan kesihatan yg baik, insyaallah...

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Usaha yg membuahkan hasil. Kita berusaha, selebihnya DIA yg menentukan. Doa dah usaha akak di makbulkan olehNYA. Teruja saya baca kak ☺

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. alhamdulillah.. useha akak diterima Allah..

Saniah said...

alhamdulillah,, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya,, semoga kak zakie dilimpahi rahmat kerana menjaga suami tercinta,,allah hu akbar,,

Unknown said...

Alhamdulillah... lega baca kesudahn n3 kakak nih. terima kasih jugak sebab kongsikan camner usaha kakak untuk buang batu karang tuh.
yang penting kita usaha kan~

Kakak.. kalo x keberatan.. boleh x kakak kongsikan amalan kakak semasa mengandung. camner nak kekal cergas waktu mengandung. dan amalan kakak bila dah hampir nak bersalin. terima kasih~

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kakzakie.. cerita kita hampir sama tapi sedikit berbeza... sy belum sambung lagi post tentang suami sy sakit masa pergi KL tu.. inilah puncanya.. Alhamdulillah.. skrg nmpk mcm dah okey tapi sy risau berulang

Falsya said...

Allahuakbar!..alhamdulillah kakak..berkat usaha kakak dan suami diterima..syukur ya Allah..

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Alhamdulillah berkat usaha berubat alternatif serta izin-Nya juga pembedahan dapat dielakkan! Masya-Allah Allah tunjukkan keajaiban-Nya dengan menunaikan permohonan hamba-hamba-Nya!

imm said...

alhamdulillah..kita hanya ikhtiar, Allah yang menyembuhkan..
kak, imm share entry ni dalam blog imm ye..untuk koleksi info kesihatan kat blog :)

saniahibrahim said...

alhamdulilah segala usaha dikabulkan Allah.Baru semalam kami berbual dgn seorg pesakit batu karang masa melawat suami sepupu di hospital.katanya nak kena laser utk batu karang nya tapi asik tangguh je .

Anonymous said...

alhamdulillah...

semuanya datang dari Allah.

syukur

@na said...

Alhamdulillah...syukur, berkat usaha gigih dan iringan doa semuanya di bawah jagaanNYA...
satu testimoni yang amat menakjubkan...
Subhanallah.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Usaha tangga kejayaan. Semoga dimudahkan urusan Kakak sekeluarga.

Kakcik Seroja said...

Syukur Alhamdulillah...

Setiap penyakit ada ubatnya. Yang perlu adalah usaha, doa dan tawakkal...

Puan Awin said...

alhamdulillah, berkat usaha akan ngn husbnad, tak perlu buat operation.

husband saya pun suspect batu karang bln lepas, scan kat hospital , memang nampak batu. saya usaha bagi dia minum air nira , air kosong 4L sehari, minum ubat yang doktor bekalkan, akhirnya, scan pada temujanji berikutnya, batu dah xde...mungkin batu dah keluar time dia buang air kecil cuma dia tak perasan. sekarang ni husband kena banyakkan minum air kosong dan kurangkan makan seafood je...

Unknown said...

tumpang gembira buat akak dah hubby..
usaha, doa dan tawakal akhirnya membuahkan hasil..
alhamdulillah..

Acik Erna said...

Alhamdulillah syukur..

Anonymous said...

yg penting kena berusaha kan kak, dan alhamdulillah ada hasilnyer, tq berkongsi cerita juga dan sekali lagi TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..

Mar Mansor said...

alhamdulillah kak zakie..saya tumpang gembira

Normala Saad said...

Alhamdulillah. Kena rajin minum air banyak.

Jari Manis said...

Alhamdulillah syukur sgt..kalau bab kurang minum air ni JM salah sorang..bila baca kisah kak Zakie ni mula kecut perut..perlu minum byk air lah lepas ni coz kekadang sembelit kerana kurang air..4 liter?...JM seliter 1 hari belum tentu habis huhhu

OKje said...

Lega sudah ye kanda.......alhamdulilah....
Boleh jadikan rujukan kepada mereka yg ada batu karang ni

ellynadyra said...

alhamdulillah kak
benda ni senang jadi balik
kena maintain la kesihatan, jaga makan ye kak
moga yang baik2 aje selalu

lia said...

Subhanallah... Allah dgr doa & restu usaha akak...

Nizam.Ariff said...

Wah...macam2 petua tu...
Elok disimpan entri ni...

Mummydearie said...

Alhamdulillah, semuanya normal. Berkat keyakinan kakak dan abang pada Allah dan usaha yang tak kenal jemu. Tumpang gembira kerana debaran akak suami isteri berakhir dengan berita gembira.

Nor Azimah Ali said...

الحمدلله- syukur padaNya, usaha dan tawakkal kzakie seiring.

Zaitun said...

Syukur alhamdulillah berkat usaha gigih kakzakie akhirnya dikabulkan. Mudah2an sihat sepanjang masa.

Dulu abang kak zai pun mengidap batu karang. Sekarang dah sihat tak tahu apa rawatan dia ambil.

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah....kak zakie...saya seolah turut merasai apa yg akak hadapi...

LYAfrina said...

syukur alhamdulillah..
jika Dia berkehendakkan..maka jadilah ia..

alhamdulillah..usaha yang tak sia2.. sebab tu kita kena harus ikhtiar..

Mak Wardah said...

Alhamdullilah kak, syukur

Hida Kadiso said...

alhamdulillahhh.. normal keputusan scan tu.. syukur sangat...

Unknown said...

Alhamdulillah...boleh jadi panduan untuk orang lain jugak nih..

Ujie Othman said...

Syukur! Usaha hebat yg membuahkan hasil dgn izin-Nya. Mmg kagum dgn usaha2 yg akak buat.

Ibu Lala said...

Nak simpan petua akk ni. Kak daun pecah beling tu daun apa. Cam mana rupa. Sy prnh tgk org kena batu karang ni. Guling guling. Takut jugak sbb sy ni kurang minum air

Dr Singa said...

alhamdulillah

tapi kan..
4 liter tu banyak sangat tu sebenarnya kak..

cikceriacorner said...

alhamdulila kak..

akak..try tea rooibos..insyaallah..

BinMuhammad said...

Alhamdulillah... Segala usaha dimakbulkan Allah. Kena jaga sikit pemakanan, sebab penyakit batu karang ni boleh berulang kembali.
Semoga abang akan sentiasa sihat hendaknya.

Wafa cw said...

Subhanallah...
MasyaAllah... Alhamdulillah tak perlulah jalankan pembedahan...

Tu yang dikatakan hikmah disebalik suatu ujian yang Allah berikan...

InsyaAllah... banyakkan minum air lepas ni, tak apa la tu... :)

imm said...

salam kak zakie..nak tanya detail cara hb akak buat rawatan ni..
5 hari minum jus epal, hari ke 6 puasa. hari ke 7 tu ulang balik rutin minum jus epal 5 hari ke camane?
kalau akak ada masa free, boleh reply kat emel imm ye..
semeponboley@yahoo.com

thanx kak zakie ☺