Thursday, September 25, 2014

Kisah benar di dalam bas

Kisah ketika di dalam bas yang diceritakan oleh Kak Meen sewaktu balik dari sekolah pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah yang baru lalu. Seorang atuk yang duduk di sebelahnya membuka cerita kisah rumahtangganya. Tinggal di ibukota, sudah kematian isteri. Anak-anak sudah berumahtangga melainkan seorang lagi anak yang kini masih belajar di luar negara. Kesunyian membuat dia sering berjalan ke rumah anak-anak dan salah seorangnya tinggal di JB. Menagih belas kasih dari seorang remaja mentah seperti Kak Meen. Sebelum berpisah atuk itu memberikan duit RM10/- kepada Kak Meen kerana sudi mendengar kisahnya. Tidak lupa diberikan brochure isu politik masakini. Bersalaman dengan Kak Meen dengan kejap hingga merah padam muka anak dara kerana sudah pasti hukumnya haram. Tarik tangan sudah tidak berupaya dan Kak Meen malu kerana banyak mata memandang. Berdegup dada terasa dosa tercatat.

Sebaik tiba di rumah diceritakan kepada Kak Reen (waktu itu Kak Reen masih bercuti sem). Dua anak remaja mengulas perbuatan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang tua kepada remaja. Kalau mahu meraih simpati tetapi bukan itu caranya. Anak remaja yang mentah pun meluat. Remaja berdua pastinya menjadikan isu bersalam yang sudah jelas haram di sisi agama. Salam dengan paksa tanpa sedar menjatuhkan maruah dirinya sebagai orang dewasa/tua.

Berbeza dengan mama mereka ini. Bila tiba pula kepengetahuan mama yang baru balik kerja membayangkan kalaulah atuk itu mahu pukau apa akan jadi pada Kak Meen? Macam-macam pesanan mama berikan kepada Kak Meen. Papa pula berpendapat jelas atuk itu sekadar menjual politik murahan sehingga sanggup memberikan brochure begitu kepada Kak Meen minta diagihkan di surau. Brochure yang memburukkan seorang ahli politik yang mungkin sudah tidak disukai oleh ahli politik yang seorang lagi. Lagi memuakkan kedua yang ditunjukkan adalah pemimpin tertinggi di negara kita. Tanpa di duga mereka duduk di dalam satu parti yang sama tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak sehaluan. Ada agenda mahu menjatuhkan kawan. Siapa sangka di kaca tv dan media mereka akrab sebaliknya ada agenda busuk dirancang. (Maaf brochure itu tidak bolehlah ditunjuk di sini - hubby tidak membenarkan).

~~ Setiap hari kita melihat tingkah-laku manusia tetapi tanpa sedar sebenarnya ada lagi yang Allah berikan kuasa untuk mencatat setiap gerak-laku dan tingkah-laku kita.~~


60 comments:

Unknown said...

Ya Allah, alhamdulillah Kak Meen baik2 aje ya kakzakie.

Yus pulak yang seram, selalu memang malas nak layan kalau tetiba orang ramah dan bercerita dengan kita, especially lelaki....huhu.

Nieyla Nadia said...

Dunia..dunia...
Semakin hari semakin tua...
Mcm2 perkara blh terjadi kan..

mayangbakingmadness said...

kekdg kak zakie, rasa serba salah sebab dah jadi macam adat salaman antara lelaki dan perempuan ni (refer pada yag lebih tua).. sebenarnya dari segi islam mmg haram bersalam antara lelaki dan perempuan kecuali muhrim.. tak salam kang kata kuang ajar lak...

paridah said...

pada kak lelaki ni hanya mahu mempengaruhi anak remaja spt kak min dgn agenda yg tersembuny...nampak benar beliau seorang aktivis politik yg mencari ruang n peluang.

Kayu Manis said...

berhati2 utk masa depan...
semua pun tak boleh di percayai langsung..mmg risau sbb anak dara..
yg tua2 pun skrg buruk perangainya..

mungkin ilmu kurang atok ni..fitnah,salam dgn bkn mahram..
nmpk ketidakwarasan

Suria Amanda said...

Alhamdulillah allah melindungi kak meen.....

Aziela said...

Itulah dugaan seorang wanita yang berseorangan. Orang tua tu tak cukup ilmu lagi. Orang tua2 zaman dulu memang tak di ajar, cuma mereka terbiasa dengan hormat menghormati, kena salam. Sesiapa yang rajin menuntu ilmu lah yang beroleh ilmu tu. Cuma kita yang dah tau hukum, memang kena sediakan perisai. Kena pesan dengan Kak Meen kot, lain kali kena jadi 'sombong' sikit bila berseorangan dan duduk di sebelah lelaki. Buat2 tidur ke, letak beg besar ke...hehehehhe. Setakat ni, yang saya ke hulu ke hilir, agak berjaya juga la taktuk buat2 sombong tu.

Memang ada macam2 ragam orang tak kira zaman, tak kira tempat. Ahli politik yang bercanggah tu, saya dah lama tahu... Malas nak follow. Kita pun tak tahu yang mana benar, yang mana tidak...

saniahibrahim said...

begitu mudah atuk tu meluahkan rasa hatinya pd remaja yg baru ditemui seperti meraih simpati ...apa yg tak patut nya mengait kan bab2 politik pd anak yg masih mentah....hiss macam2 manusia ni kan kakzakie...

sitirohaida said...

risau biarkan anak bersendirian sekarang nie.orang tua sekarang tak sama dengan orang tua dulu..zaman atuk2 kita.apa nak jadilah zaman sekarang nie

nur anis said...

Macam-macam perkara berlaku dalam dunia ni...semoga kita semua dilindungi..

Eye_nee said...

Kerana beranggapan Kak Meen seperti cucunya barangkali..namun hukum tetap tidak dapat menghalalkan anggapannya itu...moga kak meen terus terpelihara dari segala kebarangkalian yg terlintas dalam fikiran kakzakie tu...

Mia Kassim said...

Takut pula mendengarnya....klu atuk tu berniat baik tentu dia x akan bersalaman yg dia sendiri tahu hukumnya haram huhu...

musang said...

alhamdulillah tak berlaku perkara tak diingini ke atas kak meen

Unknown said...

huhu...takutnya..takkan pakcik tu tak tahu halal haram..mungkin dia anggap macam anaknya..
Alhamdulillah..kak meen tiada apa2..

amirah said...

alhamdulillah takde apa2 yg buruk jadi pd kak meen...memang kalau dlm bas mcm2 ragam manusia terutama kalau tempoh prjalanan pjng..

AtieYusof said...

Kalau sy yg dengar mesti ada rasa takut kak..ye lah baru kenal, tapi dah cerita mcm2.. last2 bagi broucher politik plak..mmg ada yg tak kena tu.. hukum bersalam tu lagi lah.. kenalah tunjuk contoh yg baik pada anak2 remaja..

Unknown said...

Salam Kakak..
Seram sejuk jugak Zura baca citer kakak nih. nampak sangat ada niat yang tak baik. Nasib baik Kak Meen selamat. Dunia sekarang nih memang macam2 cara yang di gunakan untuk jatuhkan oranh lain.. semuanye hanya untuk kesenagan dunia. Moga pakcik tu insaf.

Kakak.. tergelak2 Zura baca komen kakak.. x sangka pulak suami kakak lain sket kesahnye dari lelaki lain.. maknanye.. kakak kena pack baju suami lagi banyak lah nampaknye yer.. hihihi

Sura Mohd said...

bagi sura..nampak sangat atuk tu jenis macamana..takkan tak tahu halal haram..
budak2 yang lebih nak jaga halal haram..yang tua tak kesah..orang politik..gitu la gamaknya bersalaman tak kenal halal haram..semua nak salam..

memmetlenggeng said...

Alhamdulillah..Kak Meen ok. Ada dua cerita di sini. Pertama, kisah orang tua yang macam baik tapi macam tak senonoh juga. Kedua, cerita tentang politik yang cuba diketengahkan oleh pemimpin yang berhasad dengki. Nauzubillah. selamatkanlah negara ini dari manusia-manusia yang jahat

munna said...

Alhamdulillah.... Tiada apa2.... Kita sebagai mak mmg risau dibuatnya.... Sentiasa Ada prasangka yg buruk

Irfa said...

ADUHAI..
sy membayangkan mcm mana anak dara kak Z bila dlam situasi mcm tu. tua muda xleh percaya sekarang. mintak jauh anak2 kita dr mrk yg berniat jahat

Umm AA said...

menyelam sambil minum air orng tua nie..ade unsur2 gatal pun yer..lankali kakak cakap ngan kak meen tukar seat kalau dpt seat yg lelaki sebelah..hati2 kalau amek bas mlm..jgn percaya saper sajer tua atau muda....sy yg bukan muda belia nie pun kalau orng tua nak jual cerita..goreng sedap2 ..mulalah panas bontot nak kuang ajar blah jer...ghuhuhuh

Zaitun said...

Alhamdulillah kak Meen tak apa2.

Kaka zai selalu pesan dengan anak2 jangan layan orang yang tak dikenal.

Ujie Othman said...

mula2 macam kisah sedih kesian, rupanya...ermmm.
Ya, kesian jugak..kesian org dah berumur masih blm tahu hukum bersalam yg bkn mahram,hukum memburukkan org lain.

Falsya said...

Alhamdulillah kak meen xde ape2..skang nie org yg xkenal xkisah tua ke muda xboleh percaya kan kakak..motif nak bg brochure politik?..hurmmm..

nohas said...

Alhamdulillah, semuanya selamat...ambil ikthibar utk masa depan, berhati-hati dgn orang2 mcm ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam dunia sekaran ni kan. Kerana politik pun boleh jadi musuh. Betullah perancangan yahudi. Nak pecah belahkan umat dengan politik. Tiada siapa yang untuk. Bangsa sendiri juga yang rugi. Harap-harap lai kali pakcik tu tak buat lagi. Kasihan kat orang yang jadi mangsa keadaan. semoga pak ik tersebut dapat hidayah.

Kira Sakura said...

Allahuakbar takutnya dengar kak. seram bila terbayangkan apa yang akak fikirkan tu. moga dilindugni kita semua dan anak2 dari bahaya kat luar sana amin

imm said...

Hiii seramnye kak..syukur x jadi ape2..skang ni bahaya dtg dlm pelbagai bentuk kan..

babYpose said...

Alhamdulillah kak meen selamat, berbanyak berdoa..moga dilindingi kita semua.

OKje said...

Itu yg malasnya naik baskan kanda....tak de kawan lepas tu terpaksa duduk dengan tah sapa sapa....
Nak tak dilayan katanya tak beradab pulak....Syukurlah Kak Meen tak de pape....Insyaallah berkat doa mak ayah , anak anak kita dijumpakan dgn org baik baik aje

Blog Santai said...

Macam-macam dunia ni..tanpa rasa bersalah ya KZ...Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku..

Izwa Kamaruddin said...

Allah....takut pun ada baca psl,Kak reen cerita..

XpandingLoVe said...

Alhamdulillah tiada apa yang berlaku ...

Setuju dengan akak yang bagi tektik 'buat-buat sombong' .. situasi sekarang wajib sedemikian .. tawakaltulallah

Salam Ziarah kak Zakie & semua
^__^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dulu saya kalau naik bas ekpress bila sebelah lelaki mesti saya minta duduk dengan sebelah perempuan kakzakie.. takut saya.. tak kira lelaki tua atau muda kan.. niat disebaliknya kita takutkan.. Semoga kak meen dilindungi Allah jua..

aizamia3 said...

Alhamdulillah takde pape berlaku pada Kak Meen.
Kalau saya.. saya buat2 tidur atau sibukkan diri dengan hp.. sebab saya bukan jenis yang mudah nak bercerita atau mendengar cerita dari orang yang saya tak kenal sebab saya kurang selesa. Lebih suka berdiam diri.

Cho Zila said...

gituler yang kadang malas naik bastu kan.. tapi saya dalam baspun suka sembang ngan orang .. kalau pompuanler.. kalau lelaki tu memang tak selesa...
entahler apalah yang bermain difikiran atuk tu yerk..

Nastyna said...

payah la nak kata kan benda2 macam ni sebab hati fikiran manusia ni... Allah jer tau. Kesian kak Meen, kalau langsung tak layan orang tua bercakap dikatakan biadap pulak kan.

KakNi said...

Assalamualaikum Kak Zakie, kepada anak dara akak kena extra super careful, tapi kdg2 careful mcm mana pun terjadi, so, minta lah pd Allah SWT.

Kak, saya dah updated blog.... mcm biskut kejap ada lama hilang... hu hu hu...

asyifamustaffa said...

Adoii...tindakan spontan dri pakcik tu...nak elak pun tak dpt dah kan...paham perasaan tu...rsa nak basuh tangan je lepas tu...geram pula sy baca psal org tua ni....ermmmm....

nadia rashid said...

Kena lbh hati hati..dunia sekarang ni lebih ramai yg suka ambil kesempatan

Mummydearie said...

Kak, teringat pula pada arwah abah saya. Kalau saya balik naik bas, dia akan check dengan siapa saya duduk. Kalau lelaki, dia akan minta tukar dengan penumpang lain supaya saya dapat duduk bersebelahan dengan penumpang wanita. Lepas tu, siap beritahu driver lagi tolong tengok-tengokkan anaknya. Kalau apa-apa, sila hubungi nombor telefon rumah (dulu takda handphone). Dan pesanan penaja yang tak boleh lupa - jangan makan apa-apa orang beri mahupun hanya sebiji gula-gula. Jangan berbual dengan lelaki!

Dulu saya komplen tapi sekarang ni bila fikir balik, betullah semua tindak-tanduknya!

Fiza Rahman said...

Kesiannya kak Meen. Serba salah dibuatnya. Tak di layan, nnt kata tak hormat org tua plak. Yg salam tangan dgn kejap tu memang scary. Sebagai org yg lebih tua, mesti tau batas2 nya kan kak. Manusia skang mcm2 jenis.

Alhamdulillah kak meen tak apa2.

Mun said...

hmmm tersepit kak meen dibuatnya...saya faham perasaan beliau... kalau sensorang... sy xkan bercakap dgn org yg tak dikenali..wlpun org luar akan pandang kita tak menghormati org tua.. tp demi keselamatan diri sendiri.. kita terpaksa buat camtu....

Mar Mansor said...

susah nak cakap..semata maraih simpati ke..emm..
kena positif nih..

Unknown said...

Alahai..seram pulak saya baca..lagi2 bab bersalam tu..saya pun berfikir macam akak..kalau di pukau nye macam mana..??

Tie HT said...

alhamdulillah anak akak selamat
entah ke betul atau tidak apa yang diluahkan pakcik tu

moga anak-anak akak selamat dalam mana-mana perjalanan lepas ni, insha Allah

Nina Mads said...

apa nk jd dgn org zaman sekarang ni.. nasib baik meen okay je

Qaseh Vee said...

next time pastikan anak2 duduk di single seat dlm bas ...

eelobor said...

sekali baca terasa macam pelik lak kelakuan atuk nih.... haishhh

Puan Kutu said...

zaman sekarang mmg macam2 hal..risau pulak anak perempuan ni bukan senang nak jaga kan kak zakie..bila anak dah dididk dengan baik,org lain pulak yg ambik kesempatan..

benda2 politik ni mmg byk yg kotor dar yg baik..klu ye pun tak payah la jadikan anak remaja sebagai mangsa..

@na said...

Allahu Akbar...bukan kak meen saja yang kena berhati2,cerita ni perlu dijadikan iktibar utk semua supaya lebih berhati2 dgn stranger...

Linda said...

saya suka baca cerita2 kakZakie...tapi lama dah tak dtg melawat...saya tag kak Zakie :)

Mila@Rimbun said...

takut plak kan... takut kalau sesaja wat citer dan nak pukau.
Apa pun syukur kepada Allah kak meen selamat. Moga lebih berhati2 dimasa depan, jangan layan sangat bila orang ajak berborak, tak kisahlah muda ataupun tua.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah nasib baik x ada apa2 berlakukn..;)

ellynadyra said...

alahai kak meen
masih menghormati org tua
dlm cara yang berlainan
kadang2 kita ni tersepit seperti kak meen
hanya keberanian yang mampu mengatasi semua ini
semoga kak meen lebih kuat lepas ni nak react kalau berulang lagi kejadian camni

ANIM said...

semoga kak meen sentiasa dalam lindungan Allah SWT....

Jari Manis said...

pakcik mesti kurang ilmu agama nua bersalaman dgn anak dara bukan mahrsm pulak tu

Ibu Lala said...

Tu la yg takut tu kak. Zaman skrg ni x kira tua muda ada je nak buat hal. Kita kena hati hati selalu. Nasib k meeb x apa apa. Alhamdulillah.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
huhu..kalao cma tu mesti dah diam seribu bahasa..
lepas ni kena lebih berhati2.. pemikiran kita sama..