Friday, May 3, 2013

Usia berganjak ke 17 tahun

Pagi cuti Hari Pekerja  itu kami menuju ke sekolah Yasmien. Sehari sebelum itu telah meminta kebenaran asrama untuk mebawa dia keluar untuk meraikan hari ulangtahun Kak Nurienne. Tiba di sekolah Nurienne pula nampaknya dia tidak mahu keluar kerana belum meminta kebenaran pihak sekolah untuk keluar. Jadi mama, papa, adik dan Kak Yasmien keluar semula membeli apa yang diinginkan.

Nasi goreng paprik - Beli sebungkus saja.

Pizza idaman adik - Beli regular size satu saja

Spaghetti bolognese -  Papa yang suka ini

KFC - Beli snack plate 3 kotak. Tidak habis Nurienne ambil sekotak dan Yasmien sekotak untuk dimakan kemudian. Masing-masing lebih suka makan pizza dan burger.


Kantin sekolah - Makan di sini. Ambil satu ruang sudut. Selepas papa habis memebaca doa kami semua menjamu selera. Nasib baik ada bekas yang selalu mama bawakan bekal mereka untuk dijadikan mangkuk makan sebab kami jangkakan mahu makan di luar mama tidak membawa pinggan-mangkuk.

Bakso yang diminta - Tarikh ulangtahunnya pada 23 April tetapi kekangan masa kami terlewat sedikit meraikannya. Moga menjadi anak solehah yang tahu tanggungjawab sebagai Muslimah.
~~ Anak Adam (manusia) menjadi dewasa bersamaan dengan matangnya dua sifat yang ada pada dirinya, iaitu tamak dan harapan yang tidak habis-habisnya (HR Bukhari). Bersama kita renungkan.~~


68 comments:

Mia Kassim said...

Selamat hari jadi untuk anak kakak...semoga menjadi anak yang solehah...amin

Aisy Nasiha said...

Ai akak tentu rasa cepatnya masa berlalu, kan?

dah besar anak dara akak ni..semoga dirinya sentiasa dirahmati Allah, berjaya dalam kehidupan dan SPM yang bakal ditempuhi taklama lagi tu.

RedRose said...

happy belated birthday to your daughter. semoga menjadi kebanggaan ibu dan ayah. ^__^

Mama4hero said...

Selamat hari lahir utk ank akk..dah besar ye..

Masya said...

anak akak yg sulung ker?? selamat hari lahir buatnya...

Kayu Manis said...

amin
semoga menjadi anak yg solehah.
buah yg baik dtg dari benih yg baik

Unknown said...

sedapnya makan2 kat situ kak...
and selamat hari lahir untuk kakak..

Hanis Azla said...

Salam kak zakie..

Selamat panjang umur utk anak akak.. semoga terus mendapat keberkatan umur dan kesihatan yg baik hendaknya..

sedapnya nasi goreng tu.. geram tgk..

Sharifah Nadzarah said...

hepi belated besday utuk nurienne..moga jadik anak yg solehah..& berjaya dunia akhirat..

sedap2 makanan tu..kak bakso tu beli kat mane setahu sy ada satu tempat jer yg sedap kat pontian tu..klu balik mesti beli..

Fazleyatul Aini said...

wah banyak nya foods

Hudalatip said...

Selamat Hari Lahir untuk Nurienne..Kejap je dah besar anak dara akak semua ni kan..Moga terus dirahmati Tuhan dan berjaya di dunia dan akhirat.

Myra Jay said...

Selamat Ulangtahun ke 17 kakak, dah besar pun.. ;)

Semoga menjadi anak yang solehah ye ;)

Ibu Lala said...

Seronok berkelah ramai ramai kan. Tu pun consider berkelah jugak.

Selamat ulang tahun uyk anak akk. Moga menjadi anak yang solehah dan berbakti utk kedua ibu bapa.

Makan tu sume sedap sedap belaka. Spageti tu nampak sedap kak. Buat sendiri ke..

Lisa Sheila said...

semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat ... :)

dah besar2 ye anak2 kak zakie... semoga selalu berbahagia dan dalam dalam rahmat Allah SWT untuk keluarga kak zakie...Aamiin

Falsya said...

happy belated birthday buat anak kakak...;D

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.zakie..

seronok rasa bila dirai mcm ni walaupun simple ;)

sanah helwah buat Nurienne ..
semoga mnjadi kebanggan mama & papa

amirah said...

selamat hari lahir nurienne...moga jadi anak solehah diberkati Allah dunia akhirat..

wawa syaida said...

salam akak...selamat hari lahir Nurienne...semoga dapat menjadi apa yang diharapkan oleh mama & papa :)

musang said...

slmt hari lahir buat anak akak...semoga menjadi anak yg solehah

ummiross said...

happy belated birthday buat Nurienne, moga menjadi anak solehah dan dalam rahmat kasih sayang Allah SWT sentiasa.

Ati Masrif said...

salam akak,

selamat hari lahir kakak
semoga menjadi anak harapan ibu
berjaya di dunia dan di akhirat..amin

Orkid said...

happy belated birthday tuk kak nurienne yer. dh jadi si manis 17 dah dier !

Umm AA said...

selamat hari lahir utk nurianne..moga success di dunia & akhirat yer dik..:)

Acik Erna said...

Selamat hari lahir..sama usia dengan anak bungsu acik anak sulung kakzakie ye

Izwa Kamaruddin said...

selamat harijadi sayang :)

Angah said...

happy belated birthday utk anak akak, semoga dia menjadi insan yang solehah

kurus said...

selamat hari jadi adik
bahagianya kalau ieda berada di tempat adik .. alhamdulillah kan ;)

Eye_nee said...

Happy Belated Birthday buat anak kakzakie yer...semoga menjadi anak yg solehah dan berbakti kepada kakzakie dan keluarga....


p/s....i'm always wondering...am i older than u? ur eldest is only 17 but mine already 21 and me keep on mentioned u as a "kak"...shameful...

Kamsiah yusoff said...

sejuk hati melihat anak dara sopan mcm tu..bertudung mengikut syarak..

Dr K said...

selamat ulangtahun ke 17 buat Nurienne...moga menjadi anak yg solehah dan berguna kepada agama & negara

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Selamat ulang tahun untuk anak dara, moga tercapai hasrat ibu bapa mendapat anak yang solehah, amin!!

OKje said...

makanan mengikut pilihan masing-masingkan KZ....lagi senang...hehe
Lama dah tak nampak bapak!

Eliss said...

selamat hari lahir yang terlewat buat Nurienne. syoknya anak dah besar yer :) semoga menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. amin

Aziela said...

Such a beautiful picture. Masa saya sekolah dulu pun, mak datang asrama, bawak bekal, kami makan sama2 kat kantin sekolah. Saya rindu tudung yang kakak pakai tu.

Happy birthday untuk anak wedhok akak. Semoga menjadi seorang muslimah sejati yang mampu menggoncang dunia. Amiin.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Selamat hari jadi utk anak pompuan akak...Semoga cemerlang dlm exam SPM nanti.
Cepat masa berlalu..dah bsr anak2 kitakn kak....

AtieYusof said...

Happy Birthday buat akak pompuan akak..moga menjadi muslimah solehah..amin!.. tak sedar, mrk dah besar..;)

Cikda said...

sweet seventeen gitu.. seronokkan kak masa ni.. tgk gambar pun dah tau dah rasa happy ...

moga impian menjadi kenyataan. Amin..

dhiera zainudin said...

tahun ni SPM la dia ye..
selamat hari lahir buat anak akak. dan semoga dipermudahkan segala urusan. semoga panjang umur dan murah rezeki~

JunAina said...

Happy Belated Bufday Kakak Nurinee semoga apa yg diimpikan akan menjadi kenyataan.

ibundo said...

selamat hari jadi semuga membesar menjadi anak solehah dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat. amin..

Nini D.. said...

moga mereka menjadi anak yang menyenangkan hati akak & suami..InsyaAllah

Ujie Othman said...

alhamdulillah..dah besar anak akak. anak yg baik pulak tu. senang ati kan..

ANIM said...

tentu seronok dia diraikan..happy belated birthday Nurinee..sweet seventeaen gitu. moga apa yg mama doakan itu dimakbulkan Allah..

p/s manusia memang tak pernah puas. kalau diberi satu bukit emas, pasti dia akan menginginkan 2 bukit emas dan begitulah seterusnya..

Cho Zila said...

oo alangkah gembiranya hati mak dan ayah datangkan.. dulu masa duk asrama inilah saat dinantikan.. seronok kala nama dipanggil... macam kitajer ada orang sayang..

Munn Jaafar said...

seronoknya dduk asrama mak ayah dtg melawat....dlu sy tak merasa pun..

slmt hari lahir! :)

Unknown said...

Selamat hari jadi untuk anak puan...

Unknown said...

wahhhh..
terharu pula ayu bila en suami k.Zakie mendoakan hari klahiran nurieen..

aminn
moga mjadi anak y solehah ya anak..

Ratu Hatiku said...

Wah...dah besar ank kakak.. Semoga menjadi ank yg solehah.. Amin

Dylla Abas said...

happy belated birthday..moga menjadi anak yg solehah ye :)

Unknown said...

selamat hari lahir buat anak akak.
moga cemerlang dunia dan akhirat~

NEKCIK said...

sweet seventeenth besday Nurienne...ohh si gadis 17.......semuga sentiasa dalam peliharaan Allah dan cemerlang di dunia dan akhirat...aamiin

Anonymous said...

sekejap je masa berlalu ye, epy belated birthday tuk nurienne, moga jd anak terbaik dunia & akhirat yer

haryati said...

selamat hari lahir... ni anak akak yg sulung ye?

miss yatie said...

selamat hari lahir kakak, dah besau kakak, InsyaAllah..membesar menjadi muslimah sejati aamiin

Ujie Othman said...

Kat penerok...tak jauh la. Mcm nak jumpa akak, jumpa kejap pun ok..kenal2.. Tapi tak tau camne, saya pg ahad tu lepas ngundi kat rimba terjun, terus ke BP. Suami pulak nak ngundi sana.

eMMe said...

Kak Zakie!

bestnye anak dah besar2.. anak dara n tak lame lagi dpt menantu
tetttt...

kite ni baru nak beranak kecik..
hope anak2 kita anak yg soleh solehah...Amin.....

izzah said...

Besar dh anak akak...tahun ni spm la kan...moga jd anak solehah n yg menggembirakn mama papa yek...

Mila@Rimbun said...

sweet seventeen.... happy birthday

nOe suhaimi said...

salam kakzakie...dah besar anak akak...semoga menjadi anak yg solehah...in sha Allah...hepi belated besday tuk kakak...

BERT said...

nak masuk alam remaja dah... spm lg tu.. moga ank akk berjaya dunia akhirat dan dipanjangkan umurnya... selamat hari jadi!!

Nur-nba said...

Selamat Hari Lahir Nurienne.. Moga jadi anak yg solehah dan berjaya dalam pelajaran.. Banyak makanan yg akak beli.. Meriah bila semua ahli keluarga ada sekali.

Temuk said...

Assalam kakzakie
Semua dapat makanan kegemaran masing-masing + dapat makan sekeluarga, memanglah BEST! Alhamdulillah, Allah kurniakan kita rezeki selera, rezeki RM, rezeki kesihatan + rezeki berkumpul begitu.

Semoga puteri Nurienne sihat sejahtera selalu dan berjaya dunia akhirat. Selamat mengundi, kakzakie!

Unknown said...

selamat hari lahir...insyaAllah....kita doakan semoga menjadi anak yg soleh......kak

Kakzakie Purvit said...

Sekarang Nurienne ada di rumah. Semalam kakak ambil dari sekolahnya. Terima kasih atas ucapan dan doa yg dititipkan buat puteri sulung kakak ini buat semua:-

Mia Kassim, Aisy nasiha, RedRose, Fairus Mohd Nor, Masya, Knor, Zee Suhaini, Hanis Azla, Sharifah nadzarah, Lya Colour, Nurulhuda Abd Latip, Ibu Lala, Myra Jay, Lisa Sheila, Falsya,♥ Cmª shIemª ♥, amirah, wawa syaida, redza, ummiross, Ati masrif, KM SueQistina, ummuaidan,Acik Erna, Mrs Eady, Angah, ieda immi, Eye_nee (not to worry as all the eldest in kakak's family addressed me kakak also), Kamsiah, Ummu Madihah, Daddy Ziyyad, hainom OKje, Eliss Me, Aziela, azatiesayang, Aie Yusof, Dhiera, Cikda, JunAina, Ibundo, Nini D, Ujie, Anim, Cho Zila, Munnafendy, Nasuha, rinduan citarasa, Ratu hatiku, Dylla Abas, Nafira Usof, Nekcik, Kesuma Angsana, Haryati Faizal, KY, Ujie (tengok esok ye Ujie), Emme, Izzah, Mila@Rimbun, Noesuhaimi, Bert, Nur_nba (lama tak jumpalah Nur - Rindu dah), Temuk (kakak selalu kunjung anak walau mereka di asarama kena cari masa juga) dan Remy hazza.

Buat semua terima kasih sekali lagi. Moga doa kalian menjadi kenyataan. Amin.

QasehnyaRania said...

selamat hari lahir buat anak akak :)

seronoknya makan begitu..

Unknown said...

happy birthday.. sedap betol menu2... bestnye mkn camni..pizza tu menggoda betol ar...hihi

Unknown said...

happy belated bday, untung dpt mak camni.......best!

Nur-nba said...

Nur pun rindukan akak juga... ♥♥